Iblis laknatullah membisikkan kepada
para wanita bahawa apa jua pakaian termasuk hijab tidak ada kaitannya
dengan agama, sebaliknya ia hanya sekadar pakaian atau gaya hiasan.
Apabila seorang wanita masih bertahan dengan prinsip hijabnya, maka syaitan beralih dengan strategi yang lebih halus.
Bagaimanakah caranya?
1. Membuka Bahagian Tangan
Kebiasaannya telapak tangan sudah
terbuka, maka syaitan membisikkan kepada para wanita agar ada sedikit
peningkatan fesyen, iaitu membuka bahagia hasta (siku hingga telapak
tangan).
“Ah!Tidak apa-apa, kan masih pakai tudung dan pakai baju panjang.”Begitu bisikan syaitan.
Akhirnya si wanita menampakkan tangannya dan ternyata para lelaki melihatnya juga seperti biasa.
Maka syaitan berbisik, “Hah,tak apa-apa kan?”
2. Membuka Leher dan Dada
Setelah menampakkan tangan menjadi kebiasaan, maka datanglah syaitan untuk membisikkan perkara baru lagi.
“Kini buka tangan sudah menjadi lumrah,
maka perlu ada peningkatan fesyen yang lebih maju lagi, iaitu terbuka
bahagian atas dada kamu, tetapi jangan sebut sebagai pakaian terbuka,
hanya sedikit untuk mendapatkan hawa agar tidak panas. Cubalah! Orang
pasti tidak akan peduli kerana sebahagian sahaja yang terbuka.”
Maka dipakailah pakaian fesyen terbaru
yang terbuka bahagian leher dan dadanya dari fesyen setengah lingkaran
hingga fesyen berbentuk “V”.
3. Berpakaian tapi Telanjang
Syaitan berbisik lagi, “Pakaianmu hanya
begitu-begitu saja, cubalah fesyen yang lebih bagus! Banyak kain yang
agak tipis, lalu bentuknya dibuat agak ketat biar lebih indah dan
cantik dipandang.”
Maka tergodalah si wanita. “Mungkin
tidak ada masalah, kan potongan pakaiannya masih panjang, hanya bahan
dan fesyennya sahaja yang berbeza, agar nampak lebih feminin,” begitu
syaitan menokok-nambah.
Maka, jadilah mereka wanita yang disebut oleh Nabi s.a.w sebagai kasiyat ‘ariyat (berpakaian tapi telanjang).
4. Agak Terbuka Sedikit
Setelah para muslimah mengenakan pakaian yang ketat, maka syaitan datang lagi.
“Pakaian seperti ini membuat susah
berjalan atau duduk, kerana sempit, kan lebih baik dibelah hingga lutut
atau mendekati peha? Dengan itu kamu lebih selesa.”
Lalu dicubalah idea baru itu, dan
memang benar dengan dibelah mulai dari bahaian bawah hingga lutut atau
mendekati peha ternyata lebih selesa dan mudah untuk duduk atau menaiki
kenderaan.
5. Tudung Semakin Kecil
Kini syaitan melangkah dengan tipu daya lain yang lebih “power”.
Tujuannya adalah agar para wanita
menampakkan bahagian auratnya. “Oh, ada yang terlupa! Kalau kamu pakai
baju sedemikian, maka tudung yang besar tidak sepadan lagi. Sekarang
kamu cari tudung yang lebih kecil agar serasi dan sepadan. Orang tetap
akan menamakannya tudung.”
6. Terdedah
Si wanita ternyata selesa dengan fesyen
baru yang dipakainya seharian. Syaitan datang memberi idea lagi.
“Rambutmu sangat cantik. Bukankah lebih selesa jika tudungmu
dilepaskan. Kamu bebas mencuba fesyen rambut yang pelbagai. Malah, kamu
boleh mewarnakan mengikut warna yang kamu suka supaya kelihatan lebih
menawan.”
Maka, sekali lagi syaitan berjaya mempengaruhi si wanita supaya mendedahkan rambutnya.
7. Membuka Seluruh
Syaitan kembali berbisik, “Kalau
langkah kakimu masih kurang selesa, maka cubalah kamu cari fesyen yang
lebih menarik. Bukankah kini banyak skirt separuh betis dijual di
pasaran? Tidak usah terlalu terdedah, hanya kira-kira 10 sentimeter
sahaja. Nanti kalau kamu sudah biasa, baru cari fesyen yang di atas
paras lutut”
Benar-benar bisikan syaitan telah menjadi penasihat peribadinya.
Maka terbiasalah dia memakai pakaian terdedah.
Terkadang si wanita berfikir, apakah ini tidak bersalahan dengan agama?
Namun bisikan syaitan menyahut, “Ah,
jelas tidak bersalahan. Kan sekarang zaman sudah semakin moden. Kamu
hanya mengikut arus fesyen masa kini.”
“Tetapi, apakah ini tidak menjadi fitnah bagi kaum lelaki?” hati si wanita curiga.
“Fitnah? Ah, kalau kaum lelaki melihat
bahagian tubuh wanita yang terbuka, malah senang dan mengatakan ooh
atau wow, bukankah ini bererti sudah tidak ada fitnah lagi, kerana
sama-sama suka?” syaitan menghasut.
Begitulah sesuatu yang seakan-akan mustahil untuk dilakukan.
Namun syaitan tidak pernah berhenti membisikkan hasutan-hasutan jahat sehingga ke saat kematian seorang anak Adam itu.
Hingga pada suatu ketika nanti akan
muncul idea untuk mandi di kolam renang atau di pantai secara terbuka,
di mana hanya dua bahagian sahaja yang ditutupi iaitu kemaluan dan buah
dada!!!
Ingatlah, syaitan laknatullah hanya
pandai menjanjikan kita dengan janji-janji palsu yang halus dan
memikat, janji untuk keseronokan dunia, tetapi sebenarnya janji itu
palsu dan racun yang mematikan! Nauzubillah…
Tidak ada komentar:
Posting Komentar