Kenapa perlu membina jambatan jika
mampu menanamnya? Itu yang terjadi kepada penduduk sebuah lembah di
timur laut India yang menghimpunkan kayu pokok sebagai jambatan sejak
beratus tahun lalu, kemudian ia membiak menjadi jambatan unik.
Menurut penduduk, mereka begitu
memerlukan jambatan sebagai penyambung jalan kerana sungai cetek dalam
hutan Khasi Timur itu, akan dipenuhi air semasa musim hujan monsun
sekali gus amat berbahaya untuk diharungi.
“Nenek moyang kami membuka laluan jalan
kemudian menyambung batang-batang pokok yang kemudian hidup sehingga ke
hari ini,” katanya.
Sementara itu, sebuah jambatan konkrit
baru yang dibina penduduk kampung berkenaan turut bertukar menjadi
penyambung laluan yang membiak tumbuh-tumbuhan hijau seperti jambatan
terdahulu. – Grindtv.com
Tidak ada komentar:
Posting Komentar