Apa itu sistem Dajjal?
Sistem Dajjal adalah sistem kepalsuan,
seperti yang berlaku sekarang ini. Orang menyebutnya The New World
Order, meskipun kenyataannya malah tidak ada susunan. Yang disebut
pejuang hak asasi manusia tetapi yang sebenarnya adalah pengganas.
Sedangkan mereka yang dituduh pengganas justeru sebenarnya orang yang
mulia di hadapan Allah.
Apakah sistem Dajjal itu adalah aturan kehidupan yang kini atur AS?
Ya. Itu tercermin dalam lembaran wang
satu dollar AS. Bahagian depan itu bergambar Presiden AS pertama,
George Washington, dan bahagian belakangnya bergambar piramid yang
terpotong. Letak gambar piramid ada di belakang, sebagai isyarat bahawa
di belakang AS ada kekuatan lain. Pada piramid tersebut ada segitiga
bergambar mata satu. Di atasnya ada tulisan “annuis coeptis” (semoga
dia senang dengan projek ini). “Dia” yang dimaksudkan adalah Si Mata
Satu. Di bawahnya ada tulisan “Novus Ordo Seclorum” ( perintah dunia
baru). Ertinya, umat seluruh dunia diharapkan masuk projek perintah
dunia baru dan menerima kepimpinan Si Mata Satu. Orang yang familiar
dengan hadis-hadis Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wasallam akan paham
bahawa yang dimaksudkan Si Mata Satu adalah Dajjal.
Bila Dajjal akan muncul?
Dajjal sudah ada sejak zaman Rasulullah
shallallaahu ‘alaihi wasallam. Hal ini dijelaskan dalam sebuah hadis
sahih yang panjang yang diriwayatkan oleh Imam Muslim dari Fatimah
binti Qais.
Ada seorang pengembara Nasrani yang
terdampar di suatu pantai. Ia turun dari kapalnya dan kemudian bertemu
binatang aneh. Binantang itu menghantarkannya ke sebuah biara. Di biara
tersebut ada seorang lelaki terpasung. Dia bertanya, “Apakah Sungai
Tiberia sudah kering? Apakah muncul seorang lelaki yang bernama
Muhammad yang disebut sebagai nabi akhir zaman? Apakah lelaki itu sudah
diusir oleh penduduk di negaranya sendiri? “
Pengembara Nasrani itu penasaran. Dia
kemudian menelusuri jazirah Arab untuk mencari lelaki yang dimaksudkan.
Dia kemudian bertemu Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wasallam. Dia
bertanya pada beliau, “Siapa orang yang dipasung itu?” Rasulullah
shallallaahu ‘alaihi wasallam menyatakan bahawa lelaki itu adalah
Dajjal. Namun Dajjal tidak akan muncul sebelum Imam Mahdi keluar.
Bila Imam Mahdi keluar?
Menurut Rasulullah shallallaahu ‘alaihi
wasallam, salah satu tandanya adalah kematian atau pembunuhan seorang
khalifah. Namun sekarang sudah tidak ada khalifah. Menurut saya,
khalifah yang dimaksudkan adalah seorang pemimpin negeri Muslim yang
sangat nyata. Amin Muhammad Jamaluddin, seorang penulis asal Mesir yang
menulis buku “Umur Umat Islam”, menafsirkannya sebagai pemimpin
Kerajaan Arab Saudi. Kalau memang benar seperti itu, bererti sudah
dekat.
Menurut hadis tersebut, kelak Al-Mahdi
akan muncul lalu di-baiat oleh sekumpulan pemuda di Kaabah. Penguasa
semenanjung Arab akan terus menghantar pasukan untuk menangkap para
pemuda itu. Tetapi pasukan itu akan dibenamkan ke bumi oleh Allah,
kecuali dua orang saja.
Dua orang tersebut sengaja diselamatkan
agar mereka boleh menceritakan kepada awam bahawa rakan-rakan mereka
telah tenggelam ditelan Bumi. Begitu khabar ini tersiar, semua Mukmin
yang faham hadis-hadis sahih tentang kemunculan Al-Mahdi akan sedar
bahawa Imam Mahdi telah muncul. Mereka akan berbondong-bondong untuk
ber-baiat.
Bagaimana bila dihubungkan dengan umur umat Islam?
Menurut Amin Muhammad Jamaluddin,
ketika dia menafsirkan beberapa hadis mengenai umur umat Yahudi,
Kristian, dan Islam, diisyaratkan bahawa umur umat Islam ialah 1500
tahun. Sekarang sudah 1424 Hijriah [tulisan ini dibuat pada 2003], jadi
tinggal 76 tahun lagi. Itu belum dipotong waktu perjuangan Rasulullah
shallallaahu ‘alaihi wasallam ketika di Mekah, yang memakan masa 13
tahun. Jadi umur ummat Islam tinggal sekitar 63 tahun. [Bererti
sekarang tinggal sekitar 54 tahun]
Bila masa kekhalifahan di akhir zaman
yang menurut hadis akan berlangsung selama 40 tahun terjadi pada masa
damai, maka huru-hara besar itu akan terjadi dalam kurun waktu kurang
dari 23 tahun ke depan ini [sekarang bererti kurang dari 14 tahun ke
depan]. Kemunculan khilafah akan didahului oleh terjadinya huru-hara
dan kaum Muslim akan di bawah pimpinan Imam Mahdi.
Kemunculan Imam Mahdi juga akan
ditandai dengan munculnya komet. Menurut yang saya tahu dari para
astronomi, komet akan muncul pada 2022. Jadi kalau saat itu Imam Mahdi
muncul, maka perhitungan itu menjadi sangat mungkin. Atau boleh jadi
kemunculan Imam Mahdi justeru akan lebih cepat dari itu.
Apa ciri-ciri khusus Imam Mahdi?
Menurut Rasulullah shallallaahu ‘alaihi
wasallam, namanya seperti nama Rasulullah shallallaahu’ alaihi wasallam
dan nama ayahnya pun sama dengan nama ayah Rasulullah shallallaahu
‘alaihi wasallam. Bicaranya kurang lancar, sehingga kalau bicara harus
menepuk pahanya dulu. Apakah itu bererti dia gagap? Wallahu’alam.
Berapa usia Imam Mahdi ketika muncul?
Usia Imam Mahdi adalah seusia ketika
Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wasallam pertama kali berperang.
Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wasallam pertama kali berperang di
Perang Badar di usia 55 tahun.
Apakah itu bererti sebenarnya Imam Mahdi sudah ada?
Ya, sudah ada, tapi oleh Allah belum
dimunculkan. Sekarang kita tidak tahu Imam Mahdi itu siapa. Dan hal itu
bukan hal aneh, kerana memang ia akan muncul mendadak.
Bukankah sudah ada beberapa orang yang mengaku sebagai Imam Mahdi?
Tidak boleh. Imam Mahdi di-baiat oleh
313 pemuda di Kaabah. Jumlah itu sama dengan jumlah pasukan ketika
Perang Badar. Baiatnya terbuka meskipun sebenarnya Imam Mahdi enggan
dijadikan pemimpin. Bila ada yang mengaku-ngaku Imam Mahdi, maka itu
adalah penipuan.
Apakah kelak Imam Mahdi akan memimpin kekhalifahan Islam?
Ya. Sebelum itu ia akan memimpin
beberapa peperangan untuk meruntuhkan The New World Order ini. Perang
meruntuhkan maalikan jabariyan ini bertujuan untuk mewujudkan The Next
World Order.
Bagaimana dengan perang Akhir zaman?
Ada empat perang besar. Pertama, perang
melawan penguasa semenanjung Arab. Kaum Muslim menang. Kedua adalah
perang melawan penguasa zalim parsi, Muslim juga menang. Perang
selanjutnya adalah melawan Rome atau Eropah, dan menang juga. Ke empat
adalah perang melawan Dajjal dan 70,000 tentera Yahudi.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar